PeribahasaSumpit penuh tidak berisi.TakrifOrang bodoh yang berlagak seperti orang pandai-pandai; orang miskin yang berbuat seperti orang kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai sumpit dihentakkan.TakrifOrang yang gemuk dan lembam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan.TakrifKalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenegakkan sumpit tak berisi.TakrifMencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sumpit abu ditegakkan.TakrifOrang gemuk, pendek dan lembam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.TakrifOrang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. ambung = keranjang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar.TakrifSesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMendirikan (= menegakkan) benang basah.TakrifMencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMensiang baru dicari, kampil'lah sudah dulu.TakrifKeputusan telah diambil lebih dulu sebelum rundingan diperbuat. mensiang = gelagah; kampil = sumpit yang dibuat daripada daun mensiang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |