Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
BURUNG TUKANG

Burung tukang ialah nama bagi kira-kira

70 spesies burung yang terbang pada waktu

malam atau senja. Burung ini mendapat nama

daripada tabiat pada waktu malam (nokturnal)

dan daripada bunyi sumbang burung tukang

Eropah.

UMUM
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, nikah benar iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, nikah salah iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, nyerah diri dan keempat, ngekot, serta kelima, basuh kaki. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui berugam. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah turak (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

           

BUDAYAKonsep
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbang

Puisi
 

Kalau kutahu padi sumbang,
     Biarlah sawah tumbuh keladi;
Kalau kutahu budi nak terbang,
     Haram tidak berbudi lagi.



Lihat selanjutnya...