Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumbang mata memandang itik bertaji, ayam berkerat susuh.

Takrif

Sangatlah ganjil memandang sesuatu perkara yang dilakukan tidak dengan sewajarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumbang di mata, binasa hati.

Takrif

Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kera sumbang.

Takrif

Takut hendak bercampur dengan orang. sumbang = salah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.

Takrif

Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya.

Takrif

Gadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sumbang

Puisi
 

Kalau kutahu padi sumbang,
     Biarlah sawah tumbuh keladi;
Kalau kutahu budi nak terbang,
     Haram tidak berbudi lagi.



Lihat selanjutnya...