PeribahasaMeletup di sana, di sini bunyinya.TakrifOrang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain bengkak lain bernanah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJadi bapa kuda.TakrifOrang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan liat kurang panggang.TakrifTidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebanyak hutang si Jibun.TakrifSangat banyak hutangnya. Si Jibun = orang yang suka berhutang di sana sini.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSariat palu memalu, hakikat balas membalas.TakrifKebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLain bengkak lain bernanah.TakrifOrang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Meletup di sana, di sini bunyinya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi kutuk beras basah, ditampi tak berlayang, diindang tak berantah, hujungnya tidak disudu oleh itik.TakrifOrang yang tidak berharga dalam masyarakat, di sana sini disingkirkan orang. Si kutuk = sebenarnya sekutuk. Satu kutuk sama dengan 4 genggam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sini |
|
Puisi |
---|
|
Sana merak sini merak, Merak seekor makan jagung; Sana hendak sini hendak, Badan seorang mana nak tanggung.
Lihat selanjutnya... |
|