Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon terjemahkan 'ghostwriting'. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "ghost writer' ialah penulis siluman. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangakan untuk "ghostwriting" ialah penulisan siluman. | Istilah | 13.10.2016 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Ghosting Print"? Maksud: Cetakan dengan warna (shades) berbeza yang muncul dalam gambar. Sila berikan cadangan tuan/puan. Bantuan anda amat saya hargai. Terima kasih. | Berdasarkan data, perkataan ghost diterjemahkan kepada beberapa perkataan seperti hantu, siluman, maya dan silap. Mengambil contoh ghost word yang diterjemahkan kepada kata silap, kami mencadangkan ghost print diterjemahkan kepada cetak silap kerana kami merasakan konsep ini lebih sesuai untuk membawa maksud ghost print, dibandingkan dengan terjemahan yang lain. | Penyemakan dan penterjemahan | 30.05.2015 |
|
|