Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tenanglah belayar ke Kuala Kudu, Pukul angin melintang haluan; Kalau dapat kasih setuju, Umpama paku lekat di papan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang Acheh pulang ke Kubu, Bunyi loceng pukul lapan; Jumpa kasih sama setuju, Bagai paku lekat di papan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Layang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna berkain batik, Kalau corak tidak seragi; Apa guna berbini cantik, Kalau tak setuju dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung serindit terbang melayang, Jatuh ke tanah mencari padi; Sepuluh ringgit abang tak sayang, Asalkan setuju dengan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Titik atap disambung atap, Atap disisik di dangau padi; Banyak adat perkaralah adat, Adat yang mana setuju di hati.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setuju

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.



Lihat selanjutnya...