Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Semut meniti laju, Berbondong meniti damak; Jikalah tuan setuju, Sejuk perut emak.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bila dah naik orang berburu, Tentulah cepat binatang hilang; Apabila adik memang setuju, Tentulah cepat abang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana dipetik tiada layu, Kerana kumbang tak mahu jauh; Bagaimana adik berkata setuju, Kerana abang tidak bersungguh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tenanglah belayar ke Kuala Kudu, Pukul angin melintang haluan; Kalau dapat kasih setuju, Umpama paku lekat di papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Acheh pulang ke Kubu, Bunyi loceng pukul lapan; Jumpa kasih sama setuju, Bagai paku lekat di papan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang mandi buih, Yu mati masuk pukat; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang dapat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Layang-layang menyembur buih, Mari disembur di pohon tamu; Kasih sayang dicari boleh, Setuju di hati jarang bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna berkain batik, Kalau corak tidak seragi; Apa guna berbini cantik, Kalau tak setuju dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bagaimana bunga mahu mengembang, Sebelum dipetik dialah layu; Bagaimana hamba datang meminang, Sebelum adik berkata setuju.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung serindit terbang melayang, Jatuh ke tanah mencari padi; Sepuluh ringgit abang tak sayang, Asalkan setuju dengan hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setuju

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.



Lihat selanjutnya...