Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, apakah beda maksud antara "setuju" dengan "bersetuju"? Bukankah "setuju" perbuatan tiada melampau yang sudah bermaksud sependapat dengan seseorang, jadi mengapakah diterbitkan satu perbuatan tiada melampau yang berawalan ber-, iaitu "bersetuju" lagi untuk menyatakan maksud yang sama, iaitu sependapat? Jadi, frasa yang manakah betul, "setuju akan pendapatnya" atau "bersetuju akan pendapatnya"? Saya berpendapat bahawa "setuju" sudah bermaksud searah kerana tuju = arah, di sini maksud "searah" ini dikembangkan kepada sependapat, iaitu searah pada pendapat, maka "setuju kepada pendapatnya" betullah. "Bersetuju" pada saya sedarjat dan semaksud "setuju", iaitu darjat perbuatan tiada melampau dan maksud sependapat, jadi berlebihanlah pada saya terbitan kata "bersetuju" ini. Apakah pendapat tuan? 
Menurut data kami, perkataan setuju bermaksud 1. = setujuan sama arahnya (mak­sud­nya, tujuannya, dan lain-lain): dasar perjuangan kita adalah ~; 2. = bersetuju tidak ber­tentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain, semua­fakat, sependapat: aku ~ dengan kata-katanya; 3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai. Oleh itu, perkataan setuju dan bersetuju kedua-dua betul dan boleh digunakan dalam ayat.
Tatabahasa22.12.2016
Tuan, "tidak setuju dengan keadaan bahasa salah" atau "tidak setuju akan / kepada keadaan bahasa salah" frasa yang betul? "Dengan" bermaksud bersama, jadi "tidak setuju dengan keadaan bahasa salah" bermaksud kita tidak setuju akan sesuatu perkara bersama "keadaan bahasa salah" yang seolah-olah manusia yang dapat menyertai kita, maka salahlah maksud. Sendi nama yang tepat "kepada / akan" yang bermaksud sasaran, maka betullah frasa "tidak setuju akan / kepada keadaan bahasa salah" kerana frasa ini bermaksud bahawa "keadaan bahasa salah" perkara sasaran untuk perbuatan "tidak setuju". Betulkah pendapat saya?

 
Menurut data kami, kata sendi nama "dengan" digunakan untuk membawa maksud bersama-sama atau beserta,  cara sesuatu itu dilakukan, memakai atau menggunakan sesuatu sebagai alat,  dan menyatakan perbandingan yang serupa atau sama manakala kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif dan kata sendi nama "kepada" pula untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Merujuk kepada ayat tuan di atas, penggunaan frasa "keadaan bahasa salah" tidak gramatis dan frasa yang lebih tepat ialah "penggunaan bahasa yang salah".

Tatabahasa22.12.2016
1. Sila lengkapkan Pernyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan Penyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih)Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.    Tatabahasa03.03.2009
perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah ditulis macammana? surat setujuterima dan dokumen sebutharga atau dijarakkan seperti tulisan awal di atas.Perkataan surat setuju terima dan dokumen sebut harga hendaklah dieja dalam dua perkataan.Tatabahasa13.01.2011
KAMI INGIN MENGANJURKAN PROGRAM YANG BERTAJUK FIESTA MAKANAN. SEKIRANYA PIHAK DBP SETUJU PENGUNAAN NAMA FIESTA MAKANAN BOLEH PIHAK DBP KELUARKAN SATU SURAT KEPADA KAMI KEBENARAN MENGUNAKAN NAMA TERSEBUT.Perkataan "Fiesta" tidak boleh digunakan. Sila tukar kepada Pesta (Pesta Makanan ). Untuk mendapat sijil pengesahan, sila hantar melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP)Lain-lain10.12.2014
Rangkai kata 'tidak kisah' tidak betul kerana 'kisah' tidak bererti peduli atau endah. Setuju?Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, makna kisah ialah hal, cerita,riwayat, kejadian. Tidak ada keterangan yang menunjukkan kata ini membawa makna peduli atau endah. Walau bagaimanapun dari segi penggunaan harian dan dalam konteks bahasa lisan rangkai kata tidak kisah digunakan secara meluas dalam percakapan.Makna23.07.2007
saya lihat ramai anak muda sekarang suka berbahasa inggeris daripada bahasa melayu. adakah pihak tn. setuju bahawa anak muda suka berbahasa inggeris adalah disebabkan proses pembentukan kata bahasa melayu banyak berunsurkan bahasa inggeris.contohnya seperti perkataan akronim seperti felda, rtc dan sebagainya.berikan ulasan anda...Pada pandangan saya pembentukan akronim hanyalah sebahagian kecil daripada unsur bahasa yang tidak sepatutnya menyumbang kepada kegoyahan jati diri rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan lebih-lebih lagi orang Melayu kepada bahasa ibundanya sendiri. Keutuhan jati diri penting bagi setiap rakyat Malaysia termasuklah mempunyai rasa sayang akan bahasa kebangsaannya. Tidak salah untuk sesiapa sahaja termasuklah anak muda menggunakan apa-apa bahasa sekalipun asalkan dalam konteks dan tempat yang betul. Dalam urusan rasmi dan kenegaraan bahasa Melayu ialah bahasa pengantarnya. Wallahua'lam.Lain-lain08.03.2013
Salam, Saya ingin tahu sinonim reka. Kami ingin mengarang ayat dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan 'designed' namun pihak atasan tidak setuju untuk menggunakan perkataan 'reka', beliau lebih suka dengan perkataan yang melambangkan 'pembinaan' tetapi tidak menggunakan perkataan 'pembinaan'. Selain itu, encik ada cadangan terjemahan "Cyberjaya designed for creator" tak? Terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "design" ialah reka bentuk. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat bahasa Inggeris yang diberikan, "design" boleh djuga diterjemahkan kepada dibina. Contohnya: Cyberjaya yang dibina untuk pencipta atau Cyberjaya yang direka bentuk untuk pencipta.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2016
Adakah perkataan "dalam" boleh digunakan sebagai permulaan ayat?Perkataan "dalam' boleh digunakan pada permulaan ayat. Contohnya: Dalam hal ini, kita semua setuju.Tatabahasa08.07.2016
assalammualaikum saya mohon bertanya boleh berikan maksud ayat di bawah Sepakat Ihsan, Persada Gemilang terima kasihBerikut makna bagi setiap perkataan:

SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata

IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan

PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat

GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang

Lain-lain10.01.2017
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata setuju

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.



Lihat selanjutnya...