Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lah karam maka bertimba.

Takrif

Setelah mendapat celaka baru ingat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Takrif

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telah lulus maka diselam.

Takrif

Setelah pekerjaan selesai baru teringat bagaimana yang baik untuk mengerjakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kering tempayan, cebok pun jauhlah.

Takrif

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.

Takrif

Setelah menderita barulah mendapat kesenangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telah berasap hidungnya.

Takrif

Sudah mendapat kesenangan setelah lama menderita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebu setuntung jadi separak.

Takrif

Anak gadis seorang, setelah kahwin beranak banyak pula. setuntung = sepotong kecil.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Takrif

Selalu berhati-hati setelah sekali menghadapi kesukaran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah.

Takrif

Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis manis sepah dibuang.

Takrif

Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
telah (kata tugas)
Bersinonim dengan sudah;
Kata Terbitan : setelah,

Puisi
 

Ikan kelah mudik ke hulu,
     Ikan keli naik ke darat;
Zaman setelah zaman dahulu,
     Orang berjanji jangan diharap.



Lihat selanjutnya...