Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.

Takrif

Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Korek lubang ulat.

Takrif

Sengaja mencari perselisihan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjolok sarang tabuan.

Takrif

Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengusik anjing tidur.

Takrif

Sengaja mencari kesusahan atau bahaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Menjolok sarang tabuan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengorek lubang ulat.

Takrif

Sengaja mencari sebab untuk bertengkar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bala lalu dibawa singgah.

Takrif

Sengaja mencari kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Meraih pekung ke dada.

Takrif

Sengaja mencari malu atau becana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menggalangkan leher minta disembelih.

Takrif

Sengaja mencari bahaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada sampan hendak berenang.

Takrif

Sengaja bersusah payah. (Bandingkan dengan: Ada biduk, serempu pula).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anak badak dihambat-hambat.

Takrif

Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
312

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Anak badak jangan dihambat-hambat

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Anak badak jangan dihambat-hambat. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...