Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Contoh ayat: Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak. Dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus. Dalam ayat ini, adakah 'dan' dalam ayat ini berfungsi sebagai penanda wacana atau kata hubung? Bolehkah 'dan' digunakan pada pangkal ayat? Sekian, terima kasih.Dalam ayat ini, dan berfungsi sebagai kata hubung gabungan yang menyambungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Oleh itu, dan perlu diletakkan di tengah, bukan permulaan ayat.  (Setiap bungkus nasi lemak sengaja dibungkus banyak-banyak dan hanya berharga dua puluh sen sebungkus). Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251. Tatabahasa03.07.2010
Apakah maksud 'daya usaha' dalam konteks ayat ini: 'Hal ini sengaja dilakukan kerana kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa mendayausahakan kelahiran MMM ini ialah upaya kerajaan dan bukannya industri media.' Bolehkah frasa ini digunakan sedemikian?

Maksud “daya usaha”  dalam konteks ayat ini usaha, ikhtiar, keupayaan melaksanakan sesuatu

Ayat yang betul ialah “Hal ini sengaja dilakukan kerana pihak kerajaan tidak mahu disalah anggap bahawa yang  mendayausahakan penubuhan MMM ini ialah pihak kerajaan dan bukannya industri media.'”

 

Tatabahasa19.06.2020
saya keliru dengan penggunaan perkataan 'ter'. apekah fungsi dalam penggunaan bahasa. contoh kedai kereta terpakai.setahu saya 'ter' untuk perbuatan tidak sengaja. terima kasih.Imbuhan teR juga memberi pengertian dalam keadaan tersedia. Dalam hal ini "terpakai" bermaksud "sedia dipakai". Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 175.Tatabahasa23.03.2010
Bolehkah beiritahu saya perbezaan terhantuk,terhempas,terlanggar dan tertendang terima kasih

Menurut Kamus Dewan Perdana, terhantuk bermaksud kena pada sesuatu dengan agak kuat tanpa sengaja. Terhempas ialah jatuh dengan pantas dan kuat. Terlanggar ialah melanggar sesuatu atau seseorang dengan tidak sengaja. Manakala tertendang pula ialah terusir, terkeluar dan sebagainya daripada persatuan, jawatan dan lain-lain.

Makna16.10.2021
Saya ingin bertanya soalan. Apakah peranan DBP bagi menyelaraskan penggunaan laras bahasa sastera dengan laras bahasa sukan kerana sejak belakangan ini, terdapat segelintir penulis skrip yang sengaja mencampurkan kedua-dua laras bahasa tersebut dalam penyampaian mereka.Maklum balas daripada pihak tuan amat dihargai.Salam Tuan, Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera di talian 03-21479232. Terima kasih.Lain-lain27.08.2014
Assalamualaiku, bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya? Mengapakah dalam buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith oleh DBP menggunakan tanda baca sebegitu? Contoh: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka." Soalan saya, mengapakah digunakan tanda noktah bertindih selepas Rasulullah SAW bersabda? Mengapa tidak digunakan koma. Hujah saya, kerana selepas itu disusuli dialog/petikan kata/hadis. Atau adakah sebab tertentu yang boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Untuk makluman puan, buku Garis Panduan Penulisan dan Penerbitan Teks Hadith merupakan buku terbitan Kementerian Dalam Negeri bukan Dewan Bahasa dan Pustaka.Tatabahasa26.11.2019
1. Bagaimana menulis nama kelab. Adakah perlu menggunakan huruf besar pada setiap pangkal. Contoh: a) Dia mendaftar masuk dalam Kelab Sains dan Matematik 2. Bagaimana menulis nama hari-hari khas yang sengaja dicipta, contohnya Minggu Bahasa Melayu. Perlukah diletakkan tanda petik, atau perlulah menggunakan huruf besar pada setiap pangkal perkataan itu?Nama kelab dan nama hari yang dikemukakan merupakan nama khas dan perlu ditulis bermula dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah Kelab Sains dan Matematik, Minggu Bahasa Melayu.Ejaan20.01.2012
Cikgu, ayat "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dia menyuruh anjingnya terjun ke dalam sungai atau bermaksud dia membiarkan anjingnya terjun ke dalam sungai sedangkan dia tidak mempedulikan anjingnya?"Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dengan sengaja menyebabkan anjingnya terjun sama ada dengan menyuruh atau menolak anjingnya sehingga terjun ke sungai.Lain-lain23.12.2014
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadPeraturan ejaan yang  menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun.Ejaan13.01.2014
Adakah pihak DBP menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Inggeris? Saya telah siap menulis sebuah novel kanak-kanak bertajuk "The Machindra Gang", iaitu kesah pengembaraan tiga sahabat baik (Mahir, Chin Han & Chandra) dengan guru mereka yang dengan tidak sengaja telah kembalik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bersama-sama ini saya serta sinopsis novel tersebut. Jika DBP berminat menerbitkan novel ini, saya akan hantar manuskripnya dalam bentuk cakera padat. Terima kasih. Wassalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka lebih mengutamakan penerbitan karya dalam bahasa Melayu, tetapi ada juga menerbitkan karya bahasa asing, seperti Inggeris, Cina dan lain-lain.  Sekiranya saudara berminat untuk menghantar karya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah alamatkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.

Saudara juga boleh menghantarnya dalam bentuk digital dan mengalamatkan kepada Puan Zalila Sharif, Ketua PURNAMA di alamat emel zalila@dbp.gov.my

Lain-lain14.05.2010
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
312

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Anak badak jangan dihambat-hambat

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Anak badak jangan dihambat-hambat. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...