PeribahasaMakin banyak orang, makin banyak niat.TakrifTiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMacam orang biduk.TakrifOrang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.TakrifMasing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri. kilang -kilang = sejenis ikan laut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.TakrifTiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaUkur baju di badan sendiri.TakrifKejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng.TakrifKaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemperhujankan (= menghujani) garam sendiri.TakrifMenghina kaum keluarganya sendiri. (Bandingkan dengan: a. Maukah [mahukah] orang menghujankan garamnya?, b. Membasahkan garam sendiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenepuk (= mencapak) air di dulang, terpercik muka sendiri juga.TakrifMenceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.TakrifWalau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAnak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking.TakrifKaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |