Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam pinang rapat-rapat, Senang puyuh berlari; Sudah pinang tidak dapat, Pujuk-pujuk bawa lari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tokai jagung biar jarang, Biar senang puyuh berlari; Tanya bulan kepada bintang, Mana terbit matahari?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam pinang rapat-rapat, Biar senang puyuh berlari; Kalau dipinang-pinang tak dapat, Pujuk-pujuk kubawa lari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang berkampung dari hulu, Tanam kelapa rata-rata; Senang susah tanggung dahulu, Pada siapa hendak dikata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Laksamana naik kuda, Kuda datang dari Acheh; Bukan senang bermain muda, Nak ada ilmu yang terpilih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nampak rendang pokok belimbing, Gugur buah tepi telaga; Berapa senang berbini sumbing, Kalau marah ketawa juga.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senang.

Puisi
 

Kalau ada ikan pari,
     Senang saya masak tumis;
Apa cakap tuan tadi,
     Cakap lepas jangan menangis.



Lihat selanjutnya...