Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat Melayu pantang munafik, Orang munafik kembarnya kufur; Jahat laku senang mengusik, Senang mengusik pendeklah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat laki sayang ke bini, Sakit senang sama dirasa; Adat berdiri tenang negeri, Rakyat senang dunia sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau begitu rupanya paya, Ayuh berenang serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kok jadi anak ke ladang, Tentukan jagung ditungalkan; Senang tandan melurut; Kok jadi anak berdagang, Tentu kampung dihunikan, Senang mande menurut.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Berkudi-kudi emas suasa, Senang si kaya rakyat jelata; Orang berbudi kita berbahasa, Mengenang jasa budaya kita.Pantun Melayu SarawakNasihat
Baik sungguh mandi berenang, Senang menyelam mencuci badan; Adik jauh di negeri seberang, Siang malam abang mimpikan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Nak takuk, takuklah, Supaya senang hendak meniti; Nak katuk, katuklah, Jangan sampai menjadi mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau ada ikan pari, Senang saya masak tumis; Apa cakap tuan tadi, Cakap lepas jangan menangis.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senang.

Puisi
 

Kalau ada ikan pari,
     Senang saya masak tumis;
Apa cakap tuan tadi,
     Cakap lepas jangan menangis.



Lihat selanjutnya...