Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya hendak membuat ayat seperti berikut: SNEK BERSANTAI KEGEMARAN RAMAI. adakah boleh digunakan perkataan bersantai di dalam ayat tersebut dan betulkah penggunaan ayat bersantai didalam ayat tersebut. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersantai bermaksud berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, bersenang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga. Oleh itu, ayat saudara untuk menggunakan frasa tersebut tidak betul kerana bersantai merujuk orang/manusia yang bersantai, bukan snek. Cadangan kami: Snek Kegemaran Ramai. | Tatabahasa | 18.06.2010 |
KIta tidak boleh memandang (senang) perkara penting itu. Nak tanya perkataan senang yang digunakan di ayat atas adalah betul atau tidak? Kalau tidak betul, nak macam mana menggunakan perkataan senang ini di atas ayat tersebut? Terima kasih. | Walaupun perkataan "senang" bersinonim dengan "mudah" tetapi dalam kalangan masyarakat kita tidak mengungkapkan frasa "memandang senang" melainkan "memandang mudah" atau "memandang ringan". | Tatabahasa | 10.10.2012 |
Hi, spm senang tak? | Salam sejahtera, Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan bahasa/sastera/penerbitan/korporat Sistem Khidmat Nasihat DBP menyediakan ruang untuk pertanyaan berkaitan bahasa/sastera/penerbitan/korporat yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBP. Mohon kemukakan pertanyaan dengan jelas dan tepat untuk pihak kami memberikan maklum balas selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 23.08.2022 |
Apakah cara senang untuk membezakan fungsi kata sendinama 'di' yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa yang menunjukkan tempat dengan fungsi kata sendi nama 'pada' yang terletak di hadapan kata nama yang menunjjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Bantuan tuan dapat menyelesaikan kekusutan pelajar bagi penggunaan sama ada kata sendi nama 'di' atau 'pada' dalam sesuatu ayat. | Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265. | Tatabahasa | 01.08.2010 |
Salam sejahtera. Adakah "Saya tak lapang" dan "Saya tak senang" mendukung makna yang sama dengan "I am not free" dalam bahasa Inggeris? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "senang" tidak mendukung maksud "masa lapang" atau "waktu lapang". | Ayat “I am not free.” boleh diterjemahkan kepada “Saya tidak lapang.” atau “Saya tidak senang.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 1249 dan 2037 dan Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu (DBP, 2002), halaman 479. | Tatabahasa | 31.05.2024 |
Apa perbezaan antara "senang" dan "mudah"? Adakah mereka boleh ditukar ganti antara satu sama lain? | Perkataan 'senang" merupakan sinonim untuk perkataan "mudah" dan boleh ditukar ganti antara satu sama lain | Makna | 08.07.2020 |
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian | Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. | Lain-lain | 08.10.2009 |
Mereka kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? diputuskan adalah salah mengikut jawaban buku rujukan. TQ | Mereka berasa kurang senang dengan peraturan baharu yang diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian | Soalan saudara tidak jelas. Peribahasa yang ada “Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian” yang bermaksud untuk mendapat kesenangan, biar bersusah payah dahulu. | Sastera | 08.06.2023 |
apakah beza perkataan sesal dan kesal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan, dll), berasa sebal, berasa jengkel. Untuk ketarangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.05.2009 |