Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Saya ingin tanya tentang format karangan. Perlukah setiap perenggan pertama dalam setiap karangan dikehendaki 'selang masuk' sebelum mula menulis. Terdapat perbezaan antara pihak DBP dengan syarikat buku yang lain, dan ini telah menimbulkan kekeliruan pelajar dan guru. Diharapkan tuan dapat memberikan pertunjukan selanjutnya. Sekian, terima kasih.Tidak ada format atau istilah "selang masuk" dalam pangkalan data kami. Jika inden yang tuan maksudkan penggunaannya dalam penulisan adalah seperti yang berikut: perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi).Tatabahasa28.04.2013
intervaljarak waktu, waktu selangLain-lain10.04.2007
internaljarak waktu, waktu selangLain-lain09.04.2007
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan lat

Saudara Roseli,

Makna perkataan lat ialah i. antara, selang  ii. bp lambat, lewat  iii.  bilah buluh (pd kasau)  iv. kenduri.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui laman sesawang DBP.

Makna21.01.2010
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Soalan: Ayat dalam bahasa inggeris untuk menerangkan selang kelas bagi nilai output atau pun nilai harta adalahHarap maaf. Khidmat Bahasa DBP tidak memberi perkhidmatan penterjemahan. Kami memberi nasihat bahasa terhadap terjemahan yang telah dibuat.Lain-lain13.05.2011
munsyi, apakah perbezaan penggunaan antara suatu dengan satu? TQantara ialah kata tugas yang membawa maksud ruang dan bersinonim dengan jarak, selang jauh dan jurang dan suatu bermaksud hanya satu, satu saja , pertama-tama dan yang pertama. Contoh ayat ialah Ragam bahasa berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain, atau antara suatu kelompok dengan kelompok masyarakat yang lain.
satu ialah kata nama yang bermaksud bilangan 1, tunggal, esa, dan tidak ada yang lain lagi. Contoh ayat, Tuhan hanya satu.
Tatabahasa07.02.2012
Assalamualaikum wbt. Adakah wujud terjemahan tertentu untuk perkataan ini: slip, lapse dan mistake dalam bahasa melayu?Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. slip - slip, gelincir

2. lapse - luput, lelap, jurang, selang

3. mistake - silap, salah


Penggunaan padanan bahasa Melayu yang diberikan bergantung pada konsep dan konteks.
Istilah21.05.2013
Saya ingin menjadi penulis. Saya ingin menghantar karya kepada DBP untuk dinilai dan diterbitkan. Saya ingin tahu format penulisan (saiz huruf, bentuk huruf, 'softcopy, dll) dan proses serta tempoh masa untuk saya mendapat maklum balas. Bolehkah saya hantar karya kepada beberapa pihak sekali gus? Berapa royalti yang saya boleh dapat?Karya saudara hendaklah ditaip selang dua baris (double spacing), font size 12, font times roman atau arial, dicetak pada kertas A4.  Karya tersebut boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur untuk karya dewasa, dan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumput, untuk karya kanak-kanak dan remaja.  Pemberian royalti hanya akan dibincangkan sekiranya karya saudara diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Saudara boleh menghantar karya kepada mana-mana penerbit, tetapi bukan satu karya kepada banyak penerbit, kerana di sini akan berlaku pertindihan penerbitan dan akan melanggar peraturan hakcipta.Lain-lain01.01.2010
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasihBerdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa14.05.2011
1
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,

Puisi
 

Cincin perak permata baiduri,
     Selang dengan intan berlian;
Kain kasar dalam duri,
     Takut koyak tarik perlahan.



Lihat selanjutnya...