Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Bagai ilak bercerai dengan benang.

Takrif

Bercerai untuk selama-lamanya. ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Takrif

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mana busuk yang tidak berbau?

Takrif

Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.

Takrif

Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Utang (hutang) emas dapat (= boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati.

Takrif

Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Selama air hilir, selama gagak hitam.

Takrif

Tidak berubah-ubah, tetap selama-lamanya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selama-lamanya

Puisi
 

Inang-inang padi Pak Daik,
     Padi tak sama rupa bunganya;
Sungguh kukenang budi yang baik,
     Tidak kulupa selama-lamanya.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
606

Truth will come to light

Kebenaran tidak boleh disembunyikan selama-lamanya.

Meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

For a while, you can prevent the people from discovering the secret but it's impossible to conceal it forever. How long can you live? Remember, truth will come to light, eventually

Buat sementara waktu ini awak bolehlah menghalang orang daripada mengetahui rahsia itu, tetapi mustahil untuk menyembunyikannya selama-lamanya. Berapa lama awak boleh hidup? Ingat, meski bertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga akhirnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...