Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gunting besar gunting kecil, Hendak digunting batang padi; Tuan besar saya kecil, Tunggulah saya setahun lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari.
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.



Lihat selanjutnya...