Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertemu ruas dengan buku.

Takrif

Sesuai, seimbang; lelaki perempuan yang sudah memang jodohnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Garuda diburu layang-layang yang dapat.

Takrif

Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka.

Takrif

Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.

Takrif

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1