Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tinggi sedang kampung Cik Daud, Tempat orang mengangin padi; Petang-petang angin bertiup, Hendak pulang rasanya hati.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dayang sedang menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana adik menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik mengkudu sedang berdaun, Pucuknya habis dimakan kumbang; Adik menunggu sepanjang tahun, Duduk menangis dirundung malang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Dayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sedang manis buahmu mubingu, Manislah lagi buah embacang; Sedang baik kasihmu dahulu, Baiklah lagi kasih yang mendatang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinang muda sedang dicacak, Cacak sahaja di dalam cawan; Orang muda sedang berkacak, Kacak sahaja belum melawan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.



Lihat selanjutnya...