Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua.1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam.
2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu.
3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng.
4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu.
5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu.
6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua.
Tatabahasa10.08.2013
Antara ayat yang berikut yang manakah betul tatabahasanya? 1. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan dalam fail. 2. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan dalam fail. 3. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan ke dalam fail. 4. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan ke dalam fail. 5. Ali sedang menyimpan dan mengumpul bahan di dalam fail. 6. Ali sedang mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail. Sekian, terima kasih.

Ayat yang gramatis ialah "Ali mengumpul dan menyimpan bahan di dalam fail".

Tatabahasa12.09.2011
Yang manakah ialah ayat songsang bagi ayat di bawah? Ali sedang membaca buku di dalam bilik. A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali B) Di dalam bilik sedang membaca buku Ali C) Di dalam bilik Ali sedang membaca buku. Sila sertakan penerangan. Terima kasih.A) Sedang membaca buku di dalam bilik Ali - seluruh predikat di bawa ke hadapan (sedang membaca buku di dalam bilik) mendahului subjek (Ali). Untuk maklumat lanjut lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 479.Tatabahasa31.10.2011
selamat pagi admin..nak tanya satu soalan. sekumpulan burung sedang bertenggek / sekawan burung sedang bertenggekSekawan burung sedang bertenggek...Tatabahasa10.06.2015
Papan tanda sekolah terpapar 1.Peperiksaan sedang dijalankan 2.Peperiksaan sedang berjalan. Frasa mana yang betul?mohon pencerahan .TQ.Tuan MunsyiPerkataan dijalankan bermaksud dilaksanakan, dan perkataan ini merupakan bentuk pasif bagi menjalankan. Menjalankan/dijalankan ialah kata kerja transitif yang mesti diikuti objek. Berjalan bermaksud berlangsung dan merupakan kata kerja tak transitif. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah "Peperiksaan sedang berjalan" atau "Peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa18.10.2018
Mana satukah ayat yang boleh diterima? 1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? 2. Apakah yang Siti sedang lakukan? 3. Apakah yang Siti sedang melakukan?Berdasarkan cadangan padanan soalan yang diberikan, jawapan yang betul ialah Apakah yang sedang dilakukan oleh Siti? dan Apakah yang Siti sedang lakukan?.Lain-lain20.04.2021
Ayat manakah yang betul? 1. Anda sedang diperhatikan atau anda sedang diperhati. 2. Menjalani kehidupan atau menjalankan kehidupan. Terima kasih.

Salam sejahtera,

Bagi frasa yang pertama jawapan yang betul adalah 'Anda sedang diperhatikan' manakala frasa yang kedua jawapan yang betul ialah 'menjalankan kehidupan'

Hal ini kerana, bagi frasa yang pertama merupakan apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). 

Bagi frasa kedua pula, apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak).

Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207.

Tatabahasa21.10.2012
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat.1. Ayat pertama betul.
2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 
3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital.
4. Seorang doktor sedang menyuluh  ke dalam mata pesakit.
5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat.
Tatabahasa13.08.2013
Salam sejahtera ! Soalan :(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya. (i) Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi. (ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah. Adakah ayat (i) dan (ii) sama maksud dengan ayat (A) Terima kasih(A) Puan Hasmi sedang menyusun pasu bunga di halaman rumahnya.
(i)  Pasu bunga di halaman rumah sedang disusun oleh Puan Hasmi.
(ii) Pasu bunga sedang disusun oleh Puan Hasmi di halaman rumah.
Ketiga-tiga ayat tersebut sama maksudnya, ayat (i) dan (ii) ialah bentuk pasif ayat (A).
Tatabahasa28.10.2014
Tesaurus
 
sedang (kata tugas)
Bersinonim dengan tengah, ketika, masih; sementara, dalam pada itu,
Kata Terbitan : sedang2, sedang3, sedangkan,

Puisi
 

Sedang manis buahmu mubingu,
     Manislah lagi buah embacang;
Sedang baik kasihmu dahulu,
     Baiklah lagi kasih yang mendatang.



Lihat selanjutnya...