Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
QADI IYAD, AL-

Qadi Iyad, al- (476544 H./10831149 M.), ahli

hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah

Qadi Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula

ialah nama julukannya.

Qadi Iyad, al- (476544 H./10831149 M.), ahli

hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah

Qadi Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula

ialah nama julukannya. Dia dikenali ramai kerana

keilmuannya yang sukar ditandingi pada masa itu.

Tempat lahirnya di Sabtah iaitu sebuah bandar

di Maghribi dan keluarganya berasal dari

Sepanyol. Dia bekerja sebagai pegawai penganalisa

selama 28 tahun. Kemudian dia menjawat jawatan

kadi di Sabtah seterusnya di Gharnatah selama

35 tahun. Namanya harum dan dikenali ramai

sehingga orang ramai memuji sifat dedikasinya

dan komitmen yang diberikan sepanjang

memegang jawatan tersebut.

UMUM
KELVIN, LORD

Kelvin, Lord (18241907) atau nama sebenarnya

William Thomson adalah salah seorang daripada

ahli fizik British yang terkemuka pada tahun 1800an.

Kelvin telah menerbitkan 661 kertas kerja mengenai

pelbagai subjek saintifik dan dia mempatenkan 70

rekaannya. Kelvin dianugerah darjah kesusasteraan

oleh Ratu Victoria kerana usahanya sebagai jurutera

elektrik yang bertanggungjawab memasang kabel

transatlantik yang pertama pada tahun 1866.

UMUM
TENNYSON, LORD

Tennyson, Lord (18091892), atau nama

sebenarnya Alfred Tennyson ialah penyair Inggeris

yang amat penting pada tahun 1800-an. Dia

menggantikan William Wordsworth sebagai penyair

negara di United Kingdom pada tahun 1850.

Tennyson memperoleh kedudukan dalam

kesusasteraan kerana bakat semula jadinya yang

luar biasa, dan dedikasi sepanjang kerjayanya yang

begitu lama berusaha ke arah mencapai

kecemerlangan seni. Kini, Tennyson dipandang

tinggi sebagai penyair agung negara dan sebagai

salah seorang ahli seni yang terulung dalam bahasa

Inggeris.

UMUM
ASRAF

Asraf (19271999), ahli bahasa dan penulis. Nama

sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul

Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi

sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan

bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa.

Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga

pada tahun 1956 yang bertajuk Penyatuan Bahasa

Melayu dan Bahasa Indonesia dan dua buah kertas

kerjanya yang bertajuk Ejaan Bahasa Melayu

dengan Huruf Rumi dan

Bunyi Bahasa Melayu

dalam Ucapan, telah

dijadikan pegangan

dalam mengasaskan

ejaan baru dan sebutan

baku bahasa Melayu.

UMUM
ZUBAYR BIN AWWAMsalah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Nama sebenarnya ialah Au ' Abd-Allah al-Zubayr al-awwam bin Khuwaylid bin Asad bin 'Abd al'Uzza bin Qusay bin kilab bin Murrah bin Ka'b bin lu'i al-Qurasyi al-Asadi.AGAMATokoh
MARKIEVICZ, COUNTESS

Markievicz, Countess (18681927), atau nama

sebenarnya Constance Georgine Gore-Booth ialah

wanita Ireland yang memainkan peranan penting

dalam perjuangan negaranya untuk mendapatkan

kemerdekaan daripada United Kingdom.

UMUM
ROB ROY

Rob Roy (16711734) ialah penjahat Scotland yang

nama sebenarnya ialah Robert MacGregor. Roy

ialah perkataan Gaelik bermakna merah.

MacGregor menjadi terkenal sebagai Rob Roy

kerana rambutnya yang berwarna merah dan

wajahnya juga yang kemerah-merahan.

UMUM
SALOMA

Saloma, (19351983), penyanyi, pelakon dan

Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah

Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang

seni bermula semenjak zaman persekolahan.

Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil

bahagian dalam drama berjudul Gadis Moden

dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka

depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu

usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya

dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di

bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek,

kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan

ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan

persekolahannya.

UMUM
MARINA CHIN

Marina Chin (1955 ), atlet dan olahragawati

Malaysia. Nama sebenarnya ialah Marina Bhatt.

UMUM
SAKHAWIY, ABD RAHMAN AL

Sakhawiy, Abd Rahman al, reformis

dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad ibn Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia

berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di

Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh,

nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di

Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal

dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak

mengembara untuk menuntut ilmu dan

mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara

gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar

al-Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang

sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga

banyak mengarang buku. Pengarang kitab Hidayat

al-Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130

buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula

menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah

buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al-

Dhau al-Lami fi Ayan al-Qarni al-Tasi, Fath al-

Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-Iraqi dalam

Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan

Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ala l-

Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al-

Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-Ilan bi-al-

Taubikh li-Man Zam al-Tarikh.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenarnya