Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak sungguh getah daun, yang sebenarnya getah batang juga.

Takrif

Sejahat-jahat saudara kandung sendiri, terlebih baik daripada kaum kerabat yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Busuk, busuk embacang.

Takrif

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bakar tak berapi.

Takrif

Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Elok palut pengebat kurang.

Takrif

Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Embacang buruk kulit.

Takrif

Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pukul anak sindir menantu.

Takrif

Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut akan bayang-bayang.

Takrif

Takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak ada. (Bandingkan dengan: Takutkan bayang-bayangnya sendiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besi lemah tak patah.

Takrif

Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cakapan sejengkel dibawa sehasta.

Takrif

Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sejengkal menjadi sehasta).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dibilang genap, dipapar ganjil.

Takrif

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. dipapar = dibentang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenarnya