PeribahasaSayap singkat, terbang hendak jauh (= tinggi).TakrifHendak membuat sesuatu pekerjaan yang melebihi kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah sayap bertongkat paruh.TakrifTerus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.TakrifMerasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai.TakrifMerasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAwak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi.TakrifMengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan.TakrifTerus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah dihubung, hilang diganti.TakrifTerus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, b. Patah sayap bertongkat paruh, c. Patah tongkat berjermang [= bertelekan]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah tongkat berjermang (= bertelekan).TakrifTerus berusaha dengan tiada putus harap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Patah dihubung, hilang diganti, b. Patah kepala bertongkat paruh, patah paruh bertelekan, c. Patah sayap bertongkat paruh). jermang = kayu pendek untuk menopang perahu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sayap. |
|
Puisi |
---|
|
Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama.
Lihat selanjutnya... |
|