Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
PLINY

Pliny ialah nama keluarga bagi seorang bapa

saudara dan anak saudara lelakinya yang menjadi

penulis terkenal di zaman Rom.

UMUM
NABI YUSUF A.S.

Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf

ibn Yakub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda

merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah

SWT. Nabi Yakub a.s. mempunyai 12 orang anak

lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang

kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda

lebih disayangi oleh Nabi Yakub. Ini telah

menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain

berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada

baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi

satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda,

negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya.

Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil,

sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an

al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang,

matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu,

baginda pergi menemui bapanya Nabi Yakub a.s.

untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Yakub a.s.

meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi

tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain

kerana bimbang mereka akan memperdayakannya.

Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya

amat cemburu dengan kasih sayang yang

berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka

kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang

untuk melakukan kejahatan terhadap baginda.

Mereka sentiasa menunggu peluang untuk

melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih

sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s.

UMUM
PERANG SAUDARA AMERIKA

Perang Saudara Amerika (18611865) ialah

satu konflik antara dua bahagian di Amerika

Syarikat. Negara di selatan dikenali sebagai Selatan

atau Negeri-negeri Gabungan, bertempur untuk

mempertahankan perhambaan kaum kulit hitam

dan kehidupan yang berasaskan pertanian. Negara

di utara pula dikenali sebagai Utara atau Kesatuan,

menentang perhambaan yang diamalkan di

selatan serta bertujuan memelihara Kesatuan

semua negeri di Amerika Syarikat. Perang

Saudara Amerika mengorbankan lebih ramai

nyawa penduduk Amerika Syarikat berbanding

peperangan lain. Peperangan ini juga telah

memecahbelahkan penduduk negara itu sehingga

berlaku pergaduhan antara sesama saudara dalam

sesetengah keluarga. Pertumpahan darah yang

dahsyat itu telah menyebabkan kedukaan dan

kesengsaraan yang berlarutan sehingga beberapa

tahun. Malah sehingga kini, peperangan itu masih

lagi tidak berakhir dalam erti kata yang sebenar.

UMUM
PERANG SAUDARAPeperangan antara pihak-pihak yang bertentangan di dalam sebuah negara.UNDANG-UNDANGKonsep
PERANG SAUDARA IRELAND

Perang Saudara Ireland tercetus antara

penyokong dan penentang perjanjian Anglo-

Ireland yang ditandatangani pada bulan Disember

1921. Peperangan itu berlarutan dari bulan Januari

1922 hingga Mei 1923. Tentera kerajaan yang

menyokong perjanjian memenangi peperangan

yang juga disokong oleh majoriti orang Ireland.

Kemenangan mereka menjamin hidupnya

demokrasi berparlimen dan menyingkirkan

ancaman pemerintahan diktator oleh tentera yang

diinginkan oleh sebahagian pejuang yang anti-

perjanjian tersebut. Peperangan itu meninggalkan

kenangan pahit yang mempengaruhi parti politik

Ireland sehingga kini.

UMUM
SAUDARA SINARAN BERHAD

SAUDARA SINARAN BERHAD, penerbit dan pencetak yang ditubuhkan pada tahun 1952.  Saudara Sinaran Berhad (SSB) pada mulanya dikenal sebagai Sinaran Brothers.  Penerbit ini terletak di Kampung Seronok,  Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun 1959, ia telah membeli sebuah percetakan di Lebuh Ah Queen, di pinggir bandar Georgetown.  SSB diusahakan oleh Mansor Sanusi dan Jaldin Sanusi.

SASTERAInstitusi/Organisasi
SAUDARA

SAUDARA, akhbar tulisan Jawi. Akhbar ini mula diterbitkan pada 29 September 1928 di Pulau Pinang.  Mulai tahun 1936, akhbar ini diterbitkan pada hari Rabu dan Sabtu.  Moto akhbar ini ialah Warta Am, Pelajaran-Pengetahuan, Perkhabaran.  Pada bahagian atas akhbar ini ditulis Majulah Ke hadapan  Wahai Saudara.

SASTERAPenerbitan
SIEMENS

Siemens ialah nama keluarga bagi dua orang

saudara lelaki pencipta dan usahawan dari Jerman.

Werner von Siemens (18161892) membina talian

telegraf di Jerman, Rusia dan negara-negara Eropah

lain. Dia bersama-sama saudara lelakinya, membina

landasan kereta api elektrik dan lampu elektrik, dan

membantu memasang kabel telegraf laut dalam

yang awal. Semasa berkhidmat di bahagian

kejuruteraan tentera Prussia, Siemens mencipta dan

menambahbaikkan proses penyaduran elektrik.

Kemudian, dia mereka cipta dinamo yang digunakan

oleh saudara lelakinya untuk mengendalikan

landasan kereta api. Ernst Werner von Siemens lahir

di Lenthe berhampiran Hanover, Jerman.

UMUM
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

pertubuhan atau badan induk untuk membimbing para penganut yang baru memeluk Islam ataupun saudara baru. Objektifnya adalah untuk mendidik serta membimbing saudara baru melalui pelbagai aktiviti dan program kebajikan yang dilakukan secara langsung kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

AGAMAInstitusi/Organisasi
KERABAT DIRAJA

KERABAT DI RAJA, jalinan atau hubungan saudara­-mara raja termasuk saudara-mara terdekat dan saudara-­mara yang jauh. Perkataan kerabat berasal daripada bahasa Arab dan merujuk kepada keluarga yang terdekat. Perkataan kerabat dalam bahasa Melayu turut merang­kumi keluarga yang jauh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.



Lihat selanjutnya...