Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Keledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayam hutan keluar hutan, Ular lidi mati tersangkut; Emak bukan saudara bukan, Kerana kasih saya turut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pacak lokan panggang lokan, Lokan tersangkut di papan kemudi; Kakak bukan saudara bukan, Tersangkut sedikit kerana budi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ayam hutan terbang ke hutan, Tali tersangkut pagar duri; Adik bukan saudara bukan, Hati tersangkut kerana budi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Songket bertekat dipakai dara, Ikat cincinnya bunga tanjung; Malang mengharap kasih saudara, Ibarat tebu tawar ke hujung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saudara

Puisi
 

Dapat seekor ikan tenggalan,
     Lalu ditaruh di atas peti;
Saudara-mara dapat berkenalan,
     Bertambah mesra kasih di hati.



Lihat selanjutnya...