Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam, yang mana betul: (1) ialah satu-satunya rancangan, atau (2) adalah satu-satunya rancangan? Jika kita anggap "satu-satunya rancangan" sebagai sebuah Frasa Nama, maka (1) betul. Jika kita anggap "satu-satunya" sebagai sebuah Frasa Adjektif, maka (2) betul. Pendapat DBP?

Berdasarkan contoh yang diberikan, “ialah satu-satunya rancangan” ialah frasa nama, manakala binaan frasa adjektif pula kata pemeri “adalah” hanya boleh diikuti oleh frasa sendi nama dan frasa adjektif yang bersifat huraian sahaja. 

Tatabahasa25.07.2022
Antara "di kalangan" dan "dalam kalangan", yang mana satu betul? Misalnya, 1. Dia satu-satunya orang Asia di kalangan peserta seminar. atau 2. Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar.Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk tempat. Sementara kata sendi nama 'dalam' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian 'lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak'. Oleh itu, kata sendi nama yang tepat ialah 'dalam kalangan'. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Dia satu-satunya orang Asia dalam kalangan peserta seminar".Tatabahasa16.06.2011
Tuan, Penggunaan kata pemeri yang mana satukah yang betul dalam ayat di bawah? 1) Senyuman adalah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. ATAU 1) Senyuman ialah satu-satunya perkara yang mampu membahagiakan seseorang seketika, walaupun dari jarak yang jauh. Mohon tuan sertakan jua penjelasan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, kata pemeri yang sesuai digunakan 'ialah'. Akan tetapi, jika perkataan 'ialah' dibuang, itu juga tidak menjadi satu kesalahan.Tatabahasa05.01.2016
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan.Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna15.04.2011
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaraan'? Terima kasih.Cadangan kami ialah unik atau tiada bandingannya. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bitara bermakna satu-satunya dan tiada taranya.Tatabahasa17.02.2009
makna dan penggunaan perkataan vitaraDalam rujukan kami tiada perkataan vitara. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat entri 'bitara' bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya.Makna13.01.2010
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaran'? Terima kasih.Perkataan ini tiada dalam rujukan  kami. Perkataan yang paling hampir ejaan dengan perkataan tersebut ialah bitara yang bermakna tiada taranya, hanya satu-satunya.Tatabahasa11.02.2009
Soalan ini spesifik kepada hukum tatabahasa di dalam kata kerja tak transitif:- Sekiranya pengunaan imbuhan ber- itu adalah untuk perbuatan yang dilakukan sebagai kebiasaan, adakah perkataan "bertari" itu benar, atau adakah "menari" itu satu-satunya perkataan yang sah dalam Bahasa Melayu? Bolehkah kita menggunakan kedua-dua perkataan "bertari" dan "menari" di dalam ayat tak transitif, sepertimana kita menggunakan "bernyanyi" dan "menyanyi"? Terima kasih.Perkataan bertari merupakan perkataan lama yang sudah tidak lazim digunakan, atau arkaik. Pada masa kini perkataan tersebut tidak digunakan lagi dan perkataan tari disesuaikan dengan penggunaan awalan kata kerja me-, iaitu menari. Tatabahasa25.02.2019
Apakah perbezaan antara perkataan 'pergantungan' dengan 'penggantungan'? Boleh beri contoh ayat untuk setiap maksud yang ada daripada kedua dua perkataan ini.Pergantungan merupakan perihal bergantung atau mengharapkan pertolongan atau bantuan orang lain. Contoh dalam ayat, “Mak Siti merupakan satu-satunya tempat pergantungan Aida selepas kematian ibu bapanya.” Manakala penggantungan pula bermaksud perihal menggantung, tempat menggantung sesuatu dan tempat menggantung orang. Contoh dalam ayat, “Kerja-kerja penggantungan bingkai gambar di rumah banglo itu memakan masa yg agak lama.”Makna07.01.2021
Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti?

Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi.

Tetamu kehormat -  orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.

Istilah17.05.2017
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,