Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat berguru sampai-sampai, Adat mengaji sehingga khatam; Adat Melayu sama dipakai, Adat berinti akidah Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau pindah pergi ke kota, Kalau haji pergi ke Makkah, Kalau berjalan sampai-sampai; Kalau lidah beri berkata, Kalau kaki beri melangkah, Kalau tangan beri menggapai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Si tangkai padi si tangkai lada, Selasih di dalam puan; Sampai mati sampai kurasa, Setengah kasih ditinggalnya tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak itik pandai berenang, Mari bidas dengan batu; Sirih sampai ikat pinang, Sirih sampai Jongok Batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau sekali sirihnya lampai, Biarlah pinang dibelah dua; Kalau sekali kasih tak sampai, Biarlah bujang sampai ke tua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau sampai ke laut gading, Elok diberi bertih kelat; Kalau bertikai dalam berunding, Elok kembali kepada adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudahlah sampai tidak berisi, Ditambah pula perahu bocor; Sudah pesan tidak dinanti, Ketika bersua tidak menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Laju sampai Kuala Daik, Hendak dikejar takut dalam; Sudah jumpa intan yang baik, Mahu diikat batu nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai |
|
Puisi |
---|
|
Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 446 In for a penny, in for a pound Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya. Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on. Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|