Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.

Takrif

Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sampai bersalam, pulang berterajang.

Takrif

Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit.

Takrif

Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah. empang = bendungan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disigai sampai ke langit.

Takrif

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Bandingkan dengan: Tinggi disigai, besar ditebang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat.

Takrif

Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebelum sampai ke api, tentu bahangnya dulu terasa.

Takrif

Sesuatu bahaya besar biasanya didului dengan tanda-tanda dan alamatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.

Takrif

Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah.

Takrif

Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah dahaga sampai pula telaga kering.

Takrif

Kesusahan yang tidak ada batasnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Janji sampai, sukatan penuh.

Takrif

Sudah sampai ajal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.



Lihat selanjutnya...