Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mohamad Firdaus Ismail FRI 23:07 Mohamad Firdaus Ismail Mohamad Firdaus Salam. Sekadar makluman. Buku yang dibeli dari koperasi pihak tuan sudah 2 minggu tidak sampai-sampai.Tuan boleh menghubungi koperasi melalui talian 03-21455501untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain14.10.2016
... tidak sampai di destinasinya. atau ... tidak sampai ke destinasinya.? ... tidak sampai ke peti masuk (inbox). ... atau ... tidak sampai di peti masuk (inbox).? Terima kasih.dua-dua boleh digunakan kerana di dan ke digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa25.07.2012
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
Sampai ke destinasi atau sampai di destinasi Mana Yang betulJawapan yang betul ialah "Sampai ke destinasi".Tatabahasa20.11.2022
1. sampai ke rumah / sampai di rumah 2. tiba di destinasi / tiba ke destinasiJawapan yang betul ialah 1. sampai ke rumah, 2. tiba ke destinasi.Tatabahasa11.03.2010
salam sejahtera ! 1. sampai di sekolah 2. sampai ke sekolah 3. diantara saya dan ibu 4. diantara saya dengan ibu Mohon pandangan tuan, yang mana betul... T.kasih1. Sampai di sekolah - menunjukkan tempat ketibaannya, kata sendi nama "ke"  menunjukkan arah atau tempat yang ditujui seperti "berjalan kaki ke sekolah".
3. "Antara saya dengan ibu".  
Tatabahasa23.07.2015
Makna atau maksud perkataan "sampai" di dlm ayat "Jangan sampai aku marah" atau "Jangan sampai dia tahu"Makna sampai mengikut Kamus Dewan - sehingga menjadi-Makna17.08.2007
TADIKAH AWAK SAMPAI?BILAKAH AWAK SAMPAI?Tatabahasa11.10.2010
Untuk dua frasa ini, yang mana betul? "Apabila sampai di rumah, ..." atau "Apabila sampai ke rumah,...", Ada buku teks BM yang tulis "..tiba ke destinasi..",bukankah sepatutnya "..tiba di destinasi..."?Pada pandangan kami yang betul ialah " apabila sampai di rumah" dan " tiba di destinasi". Kata sampai dan destinasi sudah membawa maksud berada di tempat tersebut.Tatabahasa30.09.2006
1. Sampai mana harga saham ini akan turun? 2. Sampai tahap apa harga saham ini akan turun? Yang manakah ayat yang gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Sampai mana harga saham ini akan turun?".Tatabahasa15.08.2013
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.



Lihat selanjutnya...