SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSambil lompat berlari-lari, Lompat mari ke dalam kolam; Tuan cabut cincin di jari, Tidakkah turun di hati muram. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPukul gendang sambil berdiri, Pukul gong sambillah duduk; Adik nak bawa ke rumah sendiri, Barang ke mana pun abang mengikut. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDi tengah padang sambil berlari, Kita bermain hingga ke petang; Dengan tidak aku sedari, Rupa-rupanya dibenci orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang darat suka bertandang, Sambil bertandang membawa cangkul; Berapa berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSelat Teberau lompat gajah, Sambil menanduk akar dedalu; Berderau rasanya darah, Hendaklah ke janda dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau duduk di atas kerusi, Sambil duduk berehat-rehat; Jangan dibawa perangai besi, Makin lama makin berkarat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. |
|
Puisi |
---|
|
Tetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 279 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul belayar sambil memapan, merapat sambil belayar di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|