Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tak sabit kandang kuda di bendang, Kayu kemudu luruh ke meranti; Apabila tak dapat kasihku seorang, Rela kutunggu sampai ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tek kerencing orang semandi, Cabut ekor tinggal kepala; Tak sabit barang ke mari, Sesal juga dalam kepala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anyam sumpit di Pulau Lindung, Buat bekal bunga lada; Kalau tak sabit bukit melindung, Hari-hari bertentang mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit.
1
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.



Lihat selanjutnya...