Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gajah; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu jandanya nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit tahan mematah parang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit makan buah terlarang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu berukir naga; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit malu disindir mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit panjang tidak bergagang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit meminang ditolak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit pandak bertuang baja; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit hendak mengulang janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bulan sabit di langit tinggi, Sayup-sayup mata memandang; Sudahlah nasib celaka diri, Adik kucinta dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan sabit di ambang petang, Makin dipandang semakin indah; Sudah nasib abang yang malang, Hendak meminang adiklah nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bulan sabit sebelah hulu, Cahaya memudar kena mentari, Badanku sakit menahan rindu, Adinda ingkar kepada janji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,

Puisi
 

Tabit tak sabit gendang dibimbit,
     Saya nak palu ragam serama;
Kalau tak sabit malu sedikit,
     Saya nak bawa jalan bersama.



Lihat selanjutnya...