Di manakah saya boleh mencari rujukan cara sebutan perkataan dengan tanda vokalnya? Sebagai contoh, cara yang betul menyebut rengsa. | Kamus Dewan tidak memasukkan panduan sebutan pada setiap entri. Walau bagaimanapun bagi beberapa perkataan yang agak mengelirukan ada panduan sebutan. Contohnya, perkataang rengsa boleh dilihat dalam laman web kami rengsa">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rengsa, réngsa - ialah e taling, jika e pepet tidak diberikan tanda di atasnya. | Tatabahasa | 01.10.2015 |