Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Rendah-rendah bunga macang, Mari kait bunga kekati; Indah-indah abang datang, Air ada pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Riuh-rendah bunyinya gendang, Tanda orang berhelat jamu; Hatiku gundah menanti abang, Bilakah gerangan dapat bertemu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Serindit terbang rendah, Terbang mari menyongsong angin; Siapa tauhid kepada Allah, Masuk syurga jannatunnaim.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sifat kayu bertinggi rendah, Di sanalah tempat angin lalu; Adat Melayu berhati rendah, Di sanalah tempat beraib malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi batunya rendah; Hajat hati kepadanya tuan, Langit yang tinggi menjadi rendah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hijau keduduk di tanah paya, Hijau kelalap di tanah rendah; Kalau duduk di bawah-bawah, Kalau bercakap merendah-rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sayang selasih berbunga rendah, Patah pucuk dahan pauh; Sedang berkasih hatiku gundah, Inikan pula berpisah jauh.Pantun Melayu SarawakKasih
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rendah.

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.



Lihat selanjutnya...