Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memancung tinggi-tinggi, menebang rendah-rendah.

Takrif

Hukuman diminta yang setinggi-tingginya, tetapi yang dijatuhkan ialah yang serendah-rendahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rendah gunung tinggi harapan.

Takrif

Harapan yang sangat besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Rendah dianjung tinggi, kecil diambak besar.

Takrif

Kebesaran seseorang itu kerana dimuliakan dan dibesarkan oleh anak buahnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.

Takrif

Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Awak rendah sangkutan tinggi.

Takrif

Besar belanja daripada pendapatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nan lurah (= rendah) juga diturut air.

Takrif

Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. (Bandingkan dengan: Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi disusupi, rendah dilangkahi.

Takrif

Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu. (Peribahasa lain yang sama makna: Disigai sampai ke langit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Takrif

Sama setaraf. (Peribahasa lain yang sama makna: Duduk sama rendah, berdiri [= tegak] sama tinggi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi kelepur, rendah tikam.

Takrif

Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur, rendah laga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi gelepur, rendah laga.

Takrif

Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rendah.

Puisi
 

Tanah rencah memang rendah,
     Tinggilah gunung rendah bukit;
Saya memandang sangatlah indah,
     Tapi sudah ada penyakit.



Lihat selanjutnya...