Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan hujan; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad menjadi teladan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah redup perkara redup, Redup alamat hari kan malam; Banyaklah hidup perkara hidup, Hidup Muhammad merahmati alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Redup-redup palu rebana, Raja berangkat ke Johor Lama; Makan tak sedap tidur tak lena, Ingatkan abang duduk di mana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Redup hari melayah petang, sungguh hening di pagi hari; Hidup ibarat pinang sebatang, Hidup terpinggir seorang diri.Pantun Melayu SarawakPerantau
Redup hari bulan mengambang, Terbang sekawan burung kelawar; Hidup ibarat dagang menumpang, Tiba masa diusir keluar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Redup hari mendung pun datang, Angin menderu suara gemuruh; Hidupku ini dirundung malang, Orang kurindu sudah menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Redup hari di ambang petang, Tak lama lagi pasang pelita; Hamba ini dagang terbuang, Ke mana pergi orang menista.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hari redup memetik buah, Dapat buah disimpan kemas; Puteri Li Po sungguh bertuah, Dapat pedati bersalut emas,Pantun Melayu SarawakNasib
Pagi redup kita bertemu, Berjalan-jalan di Kampung Jawa; Selagi hidup carilah ilmu, Tidak menyesal di hari tua.Pantun Melayu SarawakIlmu
Kalau redup hari kan hujan, Jangan sekali berjalan jauh; Kalau menutup rezeki kawan, Saban hari akan bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tesaurus
 
redup
Rujuk :teduh

Puisi
 

Hari redup menyemai padi,
     Wak Dolah menanam jagung;
Kalau hidup tidak berbudi,
     Duduk salah berdiri canggung.



Lihat selanjutnya...