Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Raut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut di tepi rimba, Buat raut si jantung pandan; Karam di laut dapat ditimba, Karam di hati rosaklah badan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisang raut di hujung bendul, Hendak meraut si bingkai balam; Lautan dalam sebesar jambul, Tujuh buah kapal di dalam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.
1
Tesaurus
 
raut
Kata Terbitan : meraut,

Puisi
 

Apa guna pisau raut,
     Raut rotan buat ampaian;
Tidak terkail ikan di laut,
     Walau umpan bersalut intan.



Lihat selanjutnya...