Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Raut-raut bemban kuraut, Kurautan dimuntung halu; Sahut pantunku sahut, Kalau tidak kubagi malu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Raut buluh raut rotan, Duduk memtik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam.Pantun Melayu SarawakAgama
Raut buluh raut rotan, Duduk memetik daun ulam; Laut biru jelas kelihatan, Di bawah berjuta rahsia alam.Pantun Melayu SarawakAgama
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati.Pantun Melayu SarawakBergendang
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Pisau raut perancung kalam, Kalam dirancung empat segi; Di tengah laut harimau mengeram, Kucing mengiau di Pauh Janggi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Pisau raut habislah patah, Diraut akan bingkai bertudung; Karam di laut habis basah, Tabah badan untuk berlindung.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pisau raut ulu manung, Sudah manung bersalut timah; Lautan dalam ada gunung, Tak kusangka hujan dalam tanah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pisau raut panjang sekerat, Buat meraut rotan saga; Ikan di laut asam di darat, Dalam belanga berjumpa juga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tesaurus
 
raut
Kata Terbitan : meraut,

Puisi
 

Apa guna pisau raut,
     Raut rotan buat ampaian;
Tidak terkail ikan di laut,
     Walau umpan bersalut intan.



Lihat selanjutnya...