Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China menjual ragi; Engkau punya aku pun punya, Sama sekerat kita berbahagi.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ragi

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.



Lihat selanjutnya...