Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Di jalan raya berjual ragi, Begitu juga keropok tenggiri; Budaya kita dijulang tinggi, Itulah wajah anak Negeri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Encik Uda baru pulang, Membawa ragi bersama lengkuas; Biarlah saya hanyut terbuang, Asalkan hati berasa puas.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bukan pelekat sembarang pelekat, Pelekat sudah beragi-ragi; Bukan lekat sembarang lekat, Lekat tak dapat dibuka lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Lain pelekat lain warnanya, Lain belakang lainlah ragi; Lain adat lain maknanya, Lain orang lainlah budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan tuan berkaca pintu, Kaca kain beragi-ragi; Jangan tuan kata begitu, Kata lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ragi

Puisi
 

Tarik akar si ragi akar,
     Akar menyangkut bawah titian;
Carilah akal fikir-fikir,
     Jangan menyesal di kemudian.



Lihat selanjutnya...