Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MEMANGKAS

Memangkas ialah memotong untuk membuang

bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan,

pucuk, tunas atau akar. Memangkas membantu

tumbuhan pulih daripada kejutan kerana

dipindahkan. Ia mengawal bentuk dan kecantikan

tumbuhan hiasan. Memangkas juga membantu

memperbaik kuantiti dan kualiti buah.

UMUM
TIFOID MARY

Tifoid Mary ialah nama yang kadangkala

digunakan untuk merujuk kepada Mary Mallon

(1868?1938), pembawa pertama demam tifoid yang

dikenal pasti di Amerika Syarikat. Dia pulih dari

penyakit tersebut, tetapi sebagai seorang

pembawa, dia menyebarkan kuman demam tifoid

kepada orang ramai. Dia telah menjangkiti lebih

kurang 53 orang dengan demam tifoid antara

tahun 1900 hingga tahun 1915. Tiga orang

daripadanya mati akibat penyakit itu.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan

awal Mary Mallon. Dia lahir di Ireland dan

berpindah ke New York, Amerika Syarikat, untuk

bekerja sebagai tukang masak. George Soper,

seorang jurutera sanitasi, telah mengaitkannya

dengan lebih kurang enam kes demam tifoid yang

berlaku di negeri tersebut. Mallon enggan

berhenti daripada pekerjaannya sebagai tukang

masak, oleh itu dia ditahan di sebuah hospital. Dia

tinggal di hospital tersebut selama lebih 20 tahun

hingga ke akhir hayatnya.

UMUM
ALBERT I

Albert I (18751934), raja Belgium dari tahun 1909

hingga 1934, ialah pemimpin tentera yang berani

dalam Perang Dunia I (19141918). Sebagai

panglima besar tentera Belgium, baginda

 membantu menyekat kemaraan tentera Jerman

pada bulan September 1914. Albert kekal

mengetuai tentera sehingga tamat perang. Selepas

perang, Albert membantu pembinaan semula

 negara. Selepas beberapa tahun, Belgium berjaya

 pulih daripada kesan perang.

UMUM
SENGKENIT

Sengkenit ialah haiwan halus yang menghisap

darah, yang berkaitan dengan hama, labah-labah

dan kala jengking. Sengkenit berbentuk bujur. Ia

adalah parasit, iaitu ia hidup pada haiwan-haiwan

lain. Sengkenit dan hama menyebabkan pelbagai

penyakit pada manusia dan pada haiwan bela jinak.

Sengkenit sering membawa kuman penyakit

tertentu dalam badannya dan memindahkan kuman

ini ke dalam darah mangsanya. Kadangkala gigitan

sengkenit adalah beracun. Ada kes gigitannya

menyebabkan lumpuh. Bagaimanapun, kes

demikian tidak biasa berlaku, dan mangsa biasanya

pulih dengan cepat apabila sengkenit dibuang.

UMUM
ASID LAKTIK

Asid laktik ialah asid organik biasa yang

ditemui di dalam susu dan makanan tenusu lain

yang telah menjadi masam. Ia juga didapati di

dalam sauerkraut , acar dan bir. Ia wujud dalam

dua bentuk iaitu asid D-laktik dan asid L-laktik.

Asid D-laktik terbentuk dengan penapaian gula.

Asid L-laktik ditemui di dalam darah manusia dan

haiwan. Semasa berlakunya aktiviti bertenaga,

asid L-laktik berkumpul di dalam tisu otot hingga

menyebabkan kesakitan dan kelesuan. Perlahan-

lahan ia akan hilang apabila otot pulih semula.

UMUM
ARCA FARNESE BULL

Arca Farnese Bull merupakan sekelompok arca

yang terkenal yang memaparkan satu episod dalam

mitologi Yunani. Nama ini berasal daripada Istana

Farnese di Rom, yang pernah menyimpan arca ini

pada suatu ketika dahulu. Farnese Bull merupakan

arca marmar yang menarik yang ditiru daripada arca

yang telah hilang yang dibuat oleh pemahat arca

Yunani, Appollonios dan Tauriskos dari Tralles pada

tahun 100-an S.M. Pemahat arca Rom yang tidak

dikenali telah membuat tiruan ini pada tahun 200-an

M. Tiruan tersebut ditemui semasa ekskavasi di Rom

pada tahun 1500-an, dan bahagian arca yang hilang

itu telah dibaik pulih oleh artis Zaman Renaissance.

UMUM
MASJID UBUDIAH

MASJID UBUDIAH, antara masjid yang tercantik Perak.  Masjid ini terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan, Kuala Kangsar.  Masjid ini dibina dengan titah Sultan Idris Murshidul Azam Syah, Sultan Perak (1887-1916).  Baginda bernazar untuk mendirikan sebuah masjid setelah baginda pulih daripada gering.  Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris meletakkan batu asas pembinaan masjid tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
1
Tesaurus
 
pulih (adjektif)
Bersinonim dengan sembuh, baik, sihat, betah, afiat;,
Kata Terbitan : memulihkan, pemulihan,

Puisi
 

Rusa batu disimpul pulih,
     Bunga sena dalam jerami;
Bagaimana tipu hendak boleh,
     Cuba guna dalam nyanyi.



Lihat selanjutnya...