PeribahasaGajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit.TakrifAnak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian. (Bandingkan dengan: Kuda pelejang bukit). lejang = melompat serta lari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSepahit-pahit mambu, kelatnya menjadi obat (ubat).TakrifKadang-kadang nasihat yang pedas mendatangkan faedah daripada pujian-pujian yang mulia. mambu (semambu) = sebangsa rotan airnya pahit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDimandikan dengan air segeluk.TakrifPujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKejap (= kerling) bagai pelitakan padam.TakrifPujian kepada perempuan yang cantik. kejap = kerling, kedip, kelip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda.TakrifPuji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka.TakrifGembira oleh kerana mendengar pujian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.TakrifPekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau sakit, sapi beroleh nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas, b. Kerbau punya susu, sapi punya nama).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKerbau punya susu, sapi punya nama.TakrifOrang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |