Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pucat lesi bagai ayam kena lengit.

Takrif

Orang yang lemah dan pusat. lengit = penyakit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Takrif

Pucat dan tidak berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam mabuk tahi.

Takrif

Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai orang mabuk gadung.

Takrif

Pucat lesi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai cendawan dibasuh (= disesah).

Takrif

Pucat lesi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

Takrif

Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti ayam berak kapur.

Takrif

Rupa pucat kerana menghidap penyakit.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti bulan kesiangan hari.

Takrif

Muka yang sangat pucat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pucat

Puisi
 

Buah putat kukata ulam,
     Bukanlah ulam kulari pulang;
Adinda pucat kukata demam,
     Bukannya demam di hati yang pulang.



Lihat selanjutnya...