Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hutan di hulu banyaknya rebung, Potong-potong taruh di karung; Kalau tak mahu galah disambung, Buah masak dimakan burung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Potong sirih kutil hujungnya, Potong sampai kedai Cina; Datang kasih memujuk-mujuknya, Kasih tidak berkekal lama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Batang kelapa dipotong-potong, Tiap satu tidak disukat; Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gelap-gelap minum kopi, Ambil pisau potong roti; Tak boleh hajat di hati, Biar bujang sampai ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan lonteng perkara lonteng, Lonteng datang dari Labuan; Bukan runding perkara runding, Runding biasa potong haluan.
1
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.



Lihat selanjutnya...