Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SAINS POLITIK

Sains politik ialah kajian sistematik tentang

kehidupan politik. Ahli sains politik mencari

jawapan kepada soalan seperti Atas dasar apakah

yang mewajarkan tindakan kerajaan? dan Untuk

kepentingan siapakah kerajaan bertindak? Mereka

mengkaji pelbagai bentuk kerajaan dan juga parti

politik, kumpulan yang mempengaruhi kerajaan,

pilihan raya, hubungan antarabangsa, dan

perkhidmatan awam. Kesemua ini adalah aktiviti

individu dan kumpulan yang melibatkan hubungan

asas manusia. Sains politik adalah berhubung

dengan nilai asas, seperti kesamaan, kebebasan,

keadilan, dan kuasa.

UMUM
PARTI POLITIK

Parti politik ialah kumpulan orang yang teratur

yang mengawal, atau cuba mengawal sesebuah

kerajaan. Di negara demokrasi, parti politik bersaing

antara satu sama lain dalam pilihan raya untuk

mengekalkan atau menguasai sesebuah kerajaan.

Parti politik boleh bergiat aktif di peringkat

kebangsaan, negeri atau wilayah, dan daerah.

UMUM
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Tengku Razaleigh Hamzah (1937 ) ialah ahli

politik Malaysia. Kerjaya politik Tengku Razaleigh

bermula apabila dia menganggotai UMNO Kelantan

pada tahun 1962. Setahun kemudian, dia dilantik

menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Kelantan.

UMUM
PAINE, THOMAS

Paine, Thomas (17371809) ialah penulis risalah,

pejuang politik, dan penulis politik dan agama

Amerika kelahiran Inggeris yang terkenal. Tulisannya

mempengaruhi pemikiran politik pemimpin Revolusi

Amerika, dan dia menjadi tokoh terkenal di Paris

semasa Revolusi Perancis. Bekas Presiden Amerika

Syarikat, John Adams menulis pada tahun 1806, Saya

tidak kenal sebarang orang di dunia yang lebih

berpengaruh terhadap kehidupan atau hal ehwal

yang berlaku di dunia selama 30 tahun yang lalu

berbanding Thomas Paine.

UMUM
SULLA, LUCIUS CORNELLIUS

Sulla, Lucius Cornellius (138 S.M.78 S.M.),

melakukan pembaharuan dalam kerajaan Rom. Dia

ialah Jeneral Rom pertama yang menggunakan

tentera bagi menentang musuh politik. Ahli politik

terkemudian, termasuk Julius Caesar, mengikut

contohnya.

UMUM
NAST, THOMAS

Nast, Thomas (18401902) ialah kartunis politik

Amerika. Dia mempopularkan simbol-simbol

politik yang terkenal iaitu Keldai Demokrat, Gajah

Republikan, dan Harimau Tammany. Karikatur

Harimau Tammany yang dilukisnya menolong

memecahkan organisasi politik yang terkenal, yang

diketuai oleh William Bpss Tweed di New York

City.

UMUM
PELARIAN POLITIKSeseorang yang melarikan diri ke negara asing untuk mendapatkan perlindungan daripada ditahan oleh pemerintah di negaranya sendiri.UNDANG-UNDANGKonsep
PARTI POLITIKKonsepSAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANKonsep
TESTAMENT POLITIK API

TESTAMENT POLITIK API, dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur. Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
NU, U

Nu, U (19071995) ialah ahli politik dan negarawan

Burma . Pada tahun 1930-an, dia merupakan

pemimpin gerakan politik pelajar yang menentang

pemerintahan kolonial British. Pada tahun 1948, dia

menjadi perdana menteri pertama Burma yang

merdeka.

UMUM
Tesaurus
 
politik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan siasah, kenegaraan, kerajaan, pemerintahan, pentadbiran negara.,