Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok nyiur pokok pinang, Pokok dedap pohon pandan; Bila mendengar adik bertunang, Abang di sini tak sedap badan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok rambai pokok penapak, Kujolok mari luruh bunganya; Kulambai tidak nampak, Akan kulangkau jauh rumahnya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok pauh tepi permatang, Pokok pandan di birai perigi; Dari jauh hamba nan datang, Mendengar tuan yang baik budi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau adik menutuh kepung, Pokok kering si pokok mengkudu; Kalau abang balik ke kampung, Adik di sini menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pokok.

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.



Lihat selanjutnya...