Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Jika berteduh di bawah pokok, Pokok tumbang buahnya lesap; Kalau berkawan orang merokok, Tidak merokok terhidu asap.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pokok nyiur pokok pinang, Pokok dedap pohon pandan; Bila mendengar adik bertunang, Abang di sini tak sedap badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok sena pokok kuini, Ikan Sepat mabuk di paya; Biar berhutang di sana sini, Asal dapat tunjuk gaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Pokok ciku pokok kuini, Buahnya gugur ke dalam paya; Kalau kutahu nasib begini, Tidak guna hidup di dunia.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok rambai pokok penapak, Kujolok mari luruh bunganya; Kulambai tidak nampak, Akan kulangkau jauh rumahnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pokok renek sarang penyengat, Melayi layu di tengah hari; Pujuk nenek kata keramat, Jadilah cucu payung negeri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Pokok keladi di tepi paya, Bunga teratai kembang bertaut; Kalau berbudi pada yang kaya, Sama mencurah garam ke laut.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pokok.

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.



Lihat selanjutnya...