Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pokok-pokok jagung di kebun itu () akibat ditiup angin kencang petang tadi. Abengkok Bserong Csenget Dcondong Mana satu yang betul Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Pokok-pokok jagung di kebun itu senget akibat ditiup angin kencang petang tadi." | Lain-lain | 22.03.2022 |
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?) | 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Saya sedang membuat lapuran untuk pejabat saya mengenai penanaman pokok-pokok di dusun. Yang mana adalah betul? (1) Kerekot daun atau Daun kerekot. (2) Layu pokok atau Pokok layu. Terima kasih. | Mengikut Hukum D-M, yang betul ialah daun kerekot dan pokok layu. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
Belukar di belakang rumah Pak Borhan penuh dengan pokok-pokok yang( ) Ada 4pilihan A nipis B renek C kerdil D pendek Mana satu ialah jawapan Terima kasih | Jawapan yang betul ialah B. renek. Belukar di belakang rumah Pak Borhan penuh dengan pokok-pokok renek. | Tatabahasa | 16.10.2021 |
apakah maksud hutan kita khazanah kita? | Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 09.02.2007 |
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut. 2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai. 3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Apakah jawapan yang paling sesuai. Saya ---- pokok-pokok yang memagari kawasan rumah menggunakan sebilah gunting besar agar kelihatan kemas. A. menggunting B. menebas C. memangkas D. mencantas | Jawapan yang paling sesuai mengikut definisi yang betul ialah jawapan C. memangkas dan D. mencantas. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat soalan yang dikemukakan. | Makna | 18.03.2021 |
pangkal pokok merujuk kepaa bhg pokok yang berdekatan dengan akar pokok betul ke? tq | Betul, pangkal pokok ialah bahagian pokok yang berdekatan dengan akar pokok atau disebut perdu. Pangkal merujuk bahagian yg mula-mula drpd sesuatu . | Makna | 25.09.2014 |
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih. | Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Istilah | 23.05.2013 |
APAKAH PENJODOH BILANGAN UNTUK POKOK..sebatang pokok kelapa atau sepohon pokok?? | Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok" | Tatabahasa | 11.10.2007 |