Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Bukan palu sebarang palu, Palu besi bergagang tujuh; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu menanti orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan palu sebarang palu, Palu gada bertali rantai; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu kerana kasih tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Selama merpati kena jerat, Banyaklah lalat berasa pilu; Selama menteri gila menjilat, Banyak umat yang kena tipu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Aluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Anak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Belilah lampu untuk pelita, Supaya rumah menjadi terang; Hatiku pilu dimasuk cinta, Kerana gelisah menanti abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Burung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Yakin berdayung perahu laju, Supaya jangan lama menyeberang; Makin direnung hatiku pilu, Bunga di taman dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
pilu
Rujuk :masyghul

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.



Lihat selanjutnya...